Kontinjen Israel 'diboo' semasa pembukaan Olimpik Musim Sejuk 2026

Upacara pembukaan berlangsung meriah.-Agensi
Upacara pembukaan berlangsung meriah.-Agensi
A
A
A

KONTINJEN Israel berarak memasuki Stadium San Siro sempena upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk Milano Cortina 2026 pada Jumaat dengan menerima sorakan bercampur 'boo'.

Beberapa atlet Israel mengakui mereka sudah bersedia menghadapi reaksi negatif susulan perang berterusan di Gaza.

Pemain ski Israel, Barnabas Szollos berkata, tumpuannya hanyalah untuk beraksi dengan baik tanpa menghiraukan reaksi penonton.

Israel menghantar sembilan atlet Olimpik dan seorang atlet Paralimpik ke temasya berkenaan.

Sementara itu, ratusan penunjuk perasaan berhimpun di Milan membantah penyertaan Israel dan kehadiran ejen imigresen Amerika Syarikat (ICE) yang membantu aspek keselamatan delegasi negara itu.

Naib Presiden AS, JD Vance, turut menerima ejekan ketika gambarnya dipaparkan di skrin stadium.

Upacara pembukaan Olimpik Musim Sejuk kali ini diserikan dengan persembahan penyanyi terkenal Mariah Carey, yang memukau penonton menerusi lagu klasik Itali, Nel blu, dipinto di blu, sekali gus melancarkan secara rasmi temasya sukan musim sejuk berprestij dunia itu.-Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kontinjen Israel disambut dengan sorakan bercampur 'boo' ketika upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk Milano Cortina 2026
  • Beberapa atlet Israel sudah bersedia menghadapi reaksi negatif dari penonton
  • Israel menghantar sembilan atlet Olimpik dan seorang atlet Paralimpik
  • Ratusan penunjuk perasaan di Milan membantah penyertaan Israel dan kehadiran ejen imigresen Amerika Syarikat
  • Upacara pembukaan dimeriahkan dengan persembahan penyanyi Mariah Carey

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!