Rujuk pihak berautoriti untuk isu agama - Zulkifli

Dr Zulkifli Hasan - Foto fail Bernama
Dr Zulkifli Hasan - Foto fail Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Orang ramai dinasihatkan merujuk dan menyerahkan sebarang isu berkaitan Islam kepada pihak berautoriti bagi mengelakkan kekeliruan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata, pandangan dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan tidak bersifat berat sebelah kerana berpandukan al-Quran, sunah dan ulama muktabar.

"Sekarang ini terlalu ramai yang bercakap dan memberikan pandangan tetapi kita ada badan autoriti. Jadi serahkan kepada pihak itu untuk memberi pandangan dari sudut terbaik dan kita harus terima nasihat tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menyertai MAIWP Run 2026, di sini hari ini.

Zulkifli mengulas isu melibatkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menggunakan kalimah sinonim dengan umat Islam yang dipersoalkan Ahli Parlimen pembangkang Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

Pada Jumaat lepas, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan memaklumkan penggunaan kalimah Islam oleh bukan Muslim dalam perbualan harian ialah harus dalam masyarakat majmuk selagi tidak merendahkan kesucian agama, mengandungi unsur penghinaan atau digunakan di luar konteks yang betul. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Orang ramai dinasihatkan merujuk isu berkaitan Islam kepada pihak berwibawa untuk mengelakkan kekeliruan
  • Pandangan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan berpandukan al-Quran dan sunah serta ulama muktabar
  • Zulkifli menekankan pentingnya menerima nasihat dari badan autoriti berkenaan pandangan berkaitan Islam
  • Isu penggunaan kalimah Islam oleh bukan Muslim dalam masyarakat majmuk dibenarkan selama tidak merendahkan kesucian agama
  • Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan pandangan tentang penggunaan kalimah Islam oleh bukan Muslim dalam perbualan harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!