Pekerja ladang dikhuatiri dibaham buaya ketika memukat

Seorang pekerja ladang dikhuatiri dibaham buaya semasa memukat ikan di sungai berhampiran Ladang Kompas Tenggara Sukau pada Jumaat. Foto hiasan
Seorang pekerja ladang dikhuatiri dibaham buaya semasa memukat ikan di sungai berhampiran Ladang Kompas Tenggara Sukau pada Jumaat. Foto hiasan
A
A
A

KINABATANGAN - Seorang pekerja ladang dikhuatiri dibaham buaya semasa memukat ikan di sungai berhampiran Ladang Kompas Tenggara Sukau di sini pada Jumaat.

Stefanus Martin, 48, dikesan hilang oleh rakan sekerjanya selepas didapati tidak pulang ke rumahnya sehingga kini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Hairi Otuh berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak polis berhubung kejadian itu pada jam 1.07 tengah hari Sabtu.

Katanya, seramai lima anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 35 kilometer dari BBP Kinabatangan.

Lokasi mangsa dikhuatiri dibaham buaya semasa memukat iaitu di sungai berhampiran Ladang Kompas Tenggara Sukau, Kinabatangan.
Lokasi mangsa dikhuatiri dibaham buaya semasa memukat iaitu di sungai berhampiran Ladang Kompas Tenggara Sukau, Kinabatangan.

"Menurut maklumat pengadu, pekerja ladang tersebut dilaporkan hilang dan belum pulang ke rumah sehingga kini.

"Sebelum itu, mangsa ada memaklumkan kepada pengadu bahawa dia pergi memukat ikan di sungai berhampiran," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya lagi, pengadu bersama beberapa pekerja ladang lain telah berusaha mencari mangsa di sekitar tebing sungai, namun tidak berhasil.

Artikel Berkaitan:

"Hanya pakaian dan pukat ikan milik mangsa ditemukan di lokasi. Pengadu percaya mangsa telah dibaham buaya.

"Susulan daripada itu, pasukan bomba ke lokasi sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dan maklumat akan dikemaskini dari masa ke masa," katanya.

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang pekerja ladang dikhuatiri dibaham buaya semasa memukat ikan di sungai berhampiran Ladang Kompas Tenggara Sukau
  • Stefanus Martin, berusia 48 tahun, dikesan hilang oleh rakan sekerjanya
  • Pasukan bomba dan penyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 35 kilometer dari BBP Kinabatangan
  • Pencarian mangsa gagal walaupun pakaian dan pukat ikan miliknya ditemukan di tebing sungai
  • Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan bomba dan maklumat akan dikemaskini dari masa ke masa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!