Pekerja ladang maut disambar buaya

Seorang pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia maut selepas disambar buaya di tebing sungai berhampiran Ladang Tanjung Payung Suai, Niah, Jalan Persisir Pantai Miri-Bintulu pada Rabu.
Seorang pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia maut selepas disambar buaya di tebing sungai berhampiran Ladang Tanjung Payung Suai, Niah, Jalan Persisir Pantai Miri-Bintulu pada Rabu.
A
A
A

MIRI - Seorang pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia maut selepas disambar buaya ketika mengambil air di tebing sungai berhampiran Ladang Tanjung Payung Suai, Niah, Jalan Persisir Pantai Miri-Bintulu pada Rabu.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 11.34 pagi dan menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 44 kilometer dari balai berkenaan.

"Sebaik tiba di lokasi pada jam 12.19 tengah hari, pasukan yang diketuai Ketua BBP, Pegawai Bomba Tinggi II Rary Binjie memulakan operasi pencarian dengan liputan radius kira-kira 700 meter ke hulu dan hilir sungai.

"Berdasarkan keterangan saksi, mangsa seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhlis Tentra, 47, sedang mengambil air bersama dua rakan untuk diisi ke dalam tong racun di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran sebelum disambar seekor buaya,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan mangsa dilihat sempat menghulurkan tangan meminta pertolongan sebelum ditarik ke dalam air oleh buaya berkenaan dan terus hilang daripada pandangan.

"Mayat mangsa ditemukan pada jam 4.40 petang, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian dalam keadaan tidak sempurna sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia maut disambar buaya di tebing sungai berhampiran Ladang Tanjung Payung Suai, Niah
  • Insiden berlaku ketika mangsa mengambil air bersama dua rakan
  • Pasukan Bomba dan Penyelamat gerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan
  • Operasi pencarian melibatkan liputan radius kira-kira 700 meter ke hulu dan hilir sungai
  • Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sempurna kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!