Pekerja kapal, nelayan bimbang buaya muncul di pelabuhan Kemaman

Kemunculan buaya di kawasan pelabuhan Kemaman menggemparkan pekerja kapal dan penduduk setempat.
Kemunculan buaya di kawasan pelabuhan Kemaman menggemparkan pekerja kapal dan penduduk setempat.
A
A
A

KEMAMAN – Kemunculan seekor buaya yang dikesan berenang sekitar kawasan pelabuhan di sini pada Sabtu menggemparkan pekerja kapal dan penduduk setempat.

Kelibat reptilia itu dirakam beberapa individu dipercayai pekerja kapal sebelum rakaman berkenaan tular di media sosial.

Seorang penduduk, Mohd Alwi Zuraidi, 40, berkata, kehadiran buaya tersebut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pekerja kapal, khususnya penyelam yang melakukan kerja penyelenggaraan di pelabuhan berkenaan, selain nelayan dan pemancing di kawasan Teluk Kalong.

Kelibat seekor buaya dirakam berenang berhampiran sebuah kapal di pelabuhan di Kemaman..
Kelibat seekor buaya dirakam berenang berhampiran sebuah kapal di pelabuhan di Kemaman..

"Kawasan ini memang kawasan laut terbuka, jadi sebelum ini tidak pernah dengar ada buaya.

"Bila muncul buaya begini, semua pekerja dan nelayan jadi lebih berhati-hati," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung penemuan buaya tersebut pagi Ahad.

"Pasukan Perhilitan Kemaman telah turun ke lokasi untuk menjalankan pemantauan dan siasatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, tular beberapa video di laman sosial memaparkan buaya tersebut berenang berhampiran sebuah kapal sehingga mencetuskan kebimbangan masyarakat.

Ringkasan AI

  • Kemunculan buaya di kawasan pelabuhan Kemaman menggemparkan pekerja kapal dan penduduk setempat
  • Kelibat reptilia itu dirakam oleh individu dipercayai pekerja kapal dan video tersebut tular di media sosial
  • Kehadiran buaya menimbulkan kebimbangan di kalangan pekerja kapal, penyelam, nelayan, dan pemancing di kawasan Teluk Kalong
  • Penduduk setempat sebelum ini tidak pernah mendengar adanya buaya di kawasan laut terbuka tersebut
  • Pihak Perhilitan Terengganu telah menerima laporan mengenai penemuan buaya dan membuat pemantauan serta siasatan lanjut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!