PKP: F&N dapat kelulusan teruskan operasi

F&N telah diberi kelulusan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan untuk meneruskan operasi walaupun dengan tenaga kerja yang dikurangkan dan waktu operasi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
F&N telah diberi kelulusan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan untuk meneruskan operasi walaupun dengan tenaga kerja yang dikurangkan dan waktu operasi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
A
A
A

KUALA LUMPUR- Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) telah diberi kelulusan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan untuk meneruskan operasi walaupun dengan tenaga kerja yang dikurangkan dan waktu operasi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pegawai Eksekutif F&N, Lim Yew Hoe berkata, sebagai pengeluar tenusu dan minuman utama di Malaysia, kumpulan itu komited untuk menyokong para pelanggan, rakan perdagangannya dan komuniti secara menyeluruh dengan bekalan produk teras yang mencukupi dalam persekitaran ketidakpastian.

"Bersama pembekal bahan mentah dan bahan pembungkus kami, F&N berusaha untuk memastikan pengeluaran maksimum dalam waktu operasi pengeluaran dan tenaga kerja yang dikurangkan sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sepanjang tempoh PKP.

"Sejajar dengan inventori yang kukuh, kumpulan itu berusaha bagi memastikan ketersediaan produk teras kami kepada para pengguna dalam ketika waktu sukar ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Yew Hoe berkata terlalu awal untuk menilai kesan kewangan terhadap syarikat itu ketika krisis masih berlaku, termasuk di Thailand di mana kumpulan itu mendapat pendapatan dan keuntungan yang besar.

"Tumpuan utama kami adalah untuk kesejahteraan rakyat dan memastikan bekalan yang mencukupi kepada pasaran. Kami akan bekerjasama rapat dengan rakan perdagangan dan pembekal kami untuk memastikan gangguan yang minimum ketika tempoh PKP ini apabila kemungkinan wujudnya masalah aliran," katanya.

Sejak bermulanya penularan koronavirus (Covid-19), F&N telah menyumbang kira-kira 3,800 karton produk bernilai lebih RM100,000 kepada petugas barisan hadapan di seluruh negara.-Bernama

Artikel Berkaitan: