Covid-19: Singapura catat 47 kes baharu, jumlah keseluruhan 926

Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura hari ini mengesahkan tambahan 47 kes baharu jangkitan koronavirus (Covid-19) di republik ini, menjadikan jumlah keseluruhan 926 kes.
Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura hari ini mengesahkan tambahan 47 kes baharu jangkitan koronavirus (Covid-19) di republik ini, menjadikan jumlah keseluruhan 926 kes.
A
A
A

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura hari ini mengesahkan tambahan 47 kes baharu jangkitan koronavirus (Covid-19) di republik ini, menjadikan jumlah keseluruhan 926 kes.

Daripada 47 kes positif itu, 16 adalah kes import dengan satu kes melibatkan seorang lelaki warga Malaysia berusia 33 tahun, pemegang Pas Kerja Singapura.

“Dia kini dirawat di Pusat Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit (NCID),” menurut MOH dalam kenyataan di sini hari ini.

MOH berkata, 16 kes yang diimport itu mempunyai sejarah perjalanan ke Australia, Eropah, ASEAN dan negara lain di Asia.

Jumlah 31 yang lain adalah kes tempatan yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara baru-baru ini, menurut kenyataan itu lagi.

Artikel Berkaitan: