Guru pernah dipenjara, disebat disiasat kes liwat remaja 13 tahun - Polis

KUALA LUMPUR – Polis siasat dakwaan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang menjadi mangsa kes amang seksual fizikal oleh seorang guru di sebuah sekolah di Desa Pandan di sini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, laporan itu dibuat oleh bapa mangsa berusia 40 tahun pada jam 12.27 tengah hari, Selasa lalu.
Menurutnya, mangsa menyatakan telah mengenali suspek yang merupakan seorang guru.
"Mangsa mendakwa pernah diliwat beberapa kali oleh suspek.
"Kes ini masih dalam siasatan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Tambahnya, semakan mendapati suspek pernah ditangkap dan dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun dan enam sebatan bagi dua kes sebelum ini.
Ringkasan AI
- Polis siasat dakwaan rogol terhadap remaja lelaki 13 tahun oleh guru di Desa Pandan
- Laporan dibuat oleh bapa mangsa
- Mangsa mengenali suspek sebagai guru
- Mangsa dakwa diliwat beberapa kali
- Suspek pernah ditangkap dan dihukum penjara serta sebatan untuk kes sebelum Ini
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
