JKNJ nafi keluarkan senarai kawasan zon merah Covid-19

JKNJ turut memuat naik senarai berkenaan yang tular di media sosial.
JKNJ turut memuat naik senarai berkenaan yang tular di media sosial.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) hari ini menafikan ada mengeluarkan senarai kawasan yang disyaki zon merah penularan koronavirus (Covid-19), di negeri ini.

Dalam satu kenyataan di sini, JKNJ turut memuat naik senarai berkenaan yang tular di media sosial.

Berdasarkan tangkap layar yang tular dan dikongsikan di laman rasmi Facebook JKNJ, beberapa kawasan 'telah didakwa' menjadi zon merah antaranya Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Kluang, Perhentian Bas Majlis Bandaraya Johor Bahru, Pasar Awam Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

Selain itu, kawasan yang didakwa 'zon merah' turut melibatkan Pasar Awam Majlis Perbandaran Pasir Gudang. - Bernama

Artikel Berkaitan: