Ozil timang cahaya mata pertama
PEMAIN bola sepak Arsenal, Mesut Ozil dan isterinya, Amine menyambut kelahiran anak pertama mereka pada semalam.
Berita gembira itu dikongsi di akaun Twitter rasminya dan mendedahkan puteri kesayangannya diberi nama Eda, lapor Mirror.co.uk.
“Alhamdulillah, terima kasih tuhan kerana anak kami Eda dilahirkan dalam keadaan baik. Insya-ALLAH dia menjadi anak yang baik bagi kita dan seluruh umat manusia,” kata Ozil hari ini.
Ketika ini, Ozil dilaporkan berada dalam tempoh perintah berkurung berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang semakin mengganas di Eropah.
Ozil mendirikan rumah tangga dengan ratu Turki di Istanbul pada Jun tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri Presiden Turki, Tayyip Erdogan dan isteri.
Şükürler olsun ki kızımız “Eda” sağlıklı bir şekilde dünyaya geldi Rabbim bize, çevresine ve bütün insanlığa hayırlı bir evlat olmasını nasip eder inşallah, AMİN
Amine & Mesut Özil pic.twitter.com/oElNb9dOeG— Mesut Özil (@MesutOzil1088) March 30, 2020
Tractor Boys kembali berarak ke EPL
Bukan rezeki kami - Nur Izzuddin
Boyde ledak gol terpantas di Ipoh
Nurul Izzah kekal rentak cemerlang di Nilai
Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging ditawar kepada jiran
Pesawat ringan terhempas di Besout, Tanjung Malim
Kereta, rumah pemandu lori ditembak ketika nyenyak tidur
Pesawat ringan terhempas: Jurulatih, pelatih penerbangan terselamat
Dr Akmal dinasihat tegur Ahmad Zahid