Bekas pemain bola sepak ditahan ceroboh bilik hotel

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan yang pernah menggegarkan dunia sukan tanah air sekitar tahun 2000 ditahan polis kerana dipercayai menceroboh masuk bilik hotel seorang wanita berstatus isteri orang, sebelum bertindak agresif sehingga berlaku kekecohan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita kira-kira jam 6.10 petang, mendakwa suspek menceroboh masuk ke biliknya.

"Siasatan dijalankan mendapati berlaku perselisihan faham antara suspek dan mangsa menyebabkan mangsa meninggalkan bilik hotel tersebut untuk menyelamatkan diri," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, siasatan dijalankan kemudian membawa kepada penangkapan suspek di sekitar kawasan Petaling Jaya sebelum suspek direman untuk siasatan selanjutnya.

"Suspek bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu siasatan lanjut dijalankan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan," katanya.