Pelumba Moto3 terlibat kemalangan dibawa ke HKL guna helikopter Maritim

Misi pemindahan perubatan (MEDEVAC) itu dilaksanakan menggunakan helikopter AS-365 N3 Dauphin dengan tanda panggilan MEDEVAC 2 (M70-01 / MAR399C) yang diatur gerak dari SIC pada jam 12.50 tengah hari menuju ke HKL.
Misi pemindahan perubatan (MEDEVAC) itu dilaksanakan menggunakan helikopter AS-365 N3 Dauphin dengan tanda panggilan MEDEVAC 2 (M70-01 / MAR399C) yang diatur gerak dari SIC pada jam 12.50 tengah hari menuju ke HKL.
A
A
A

SEPANG – Seorang pelumba terlibat dalam kemalangan ketika perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Ahad dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) menggunakan helikopter Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Maritim Malaysia dalam kenyataannya berkata, mangsa dikenali sebagai Jose Antonio Rueda, pelumba Moto3 pasukan Red Bull KTM Ajo, yang mengalami kecederaan dan memerlukan rawatan segera selepas insiden berkenaan.

Menurut kenyataan itu, misi pemindahan perubatan (MEDEVAC) itu dilaksanakan menggunakan helikopter AS-365 N3 Dauphin dengan tanda panggilan MEDEVAC 2 (M70-01 / MAR399C) yang diatur gerak dari SIC pada jam 12.50 tengah hari menuju ke HKL.

 Mangsa dikenali sebagai Jose Antonio Rueda, pelumba Moto3 pasukan Red Bull KTM Ajo, yang mengalami kecederaan dan memerlukan rawatan segera selepas insiden berkenaan.
Mangsa dikenali sebagai Jose Antonio Rueda, pelumba Moto3 pasukan Red Bull KTM Ajo, yang mengalami kecederaan dan memerlukan rawatan segera selepas insiden berkenaan.

"Helikopter dikemudi Leftenan Komander Maritim Mohd Akil Md Yussof, dibantu Leftenan Maritim Mohd Hairul Mohd Yassin serta Bintara Muda Maritim Wan Ahmad Fahmi Wan Zakaria.

"Turut serta dalam penerbangan ialah seorang doktor, paramedik dan pegawai pasukan yang mengiringi pesakit," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Jelas kenyataan itu, helikopter berkenaan selamat mendarat di HKL pada jam 1.10 petang.

"Proses pemindahan pesakit berjalan lancar hasil kerjasama petugas kesihatan hospital sebelum helikopter kembali ke SIC bagi meneruskan penugasan sempena MotoGP Malaysia 2025.

Artikel Berkaitan:

"Penglibatan aset udara dalam acara berprofil tinggi seperti MotoGP mencerminkan komitmen agensi terhadap kesiapsiagaan kecemasan nasional, selain memperkukuh imej negara dalam aspek keselamatan dan bantuan kemanusiaan di peringkat antarabangsa," katanya.

 

 

Ringkasan AI

  • Pelumba Moto3, Jose Antonio Rueda, terlibat dalam kemalangan di Litar Antarabangsa Sepang dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur menggunakan helikopter Maritim Malaysia
  • Helikopter AS-365 N3 Dauphin berlepas dari SIC jam 12.50 tengah hari
  • Helikopter dikendalikan oleh Leftenan Komander Maritim Mohd Akil Md Yussof bersama pasukan
  • Pemindahan pesakit ke HKL berjaya dilaksanakan dan helikopter selamat mendarat pada jam 1.10 petang
  • Penggunaan aset udara menunjukkan komitmen Malaysia dalam kesiapsiagaan kecemasan dan meningkatkan imej negara dalam keselamatan dan bantuan kemanusiaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!