Polis cari saksi kes lelaki maut dilanggar lari

 Abdul Rozak
Abdul Rozak
A
A
A

GEORGE TOWN – Polis sedang mengesan saksi bebas serta individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian langgar lari yang mengorbankan seorang lelaki warga asing di susur Jambatan Pulau Pinang arah ke Perai, awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, mangsa yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri itu ditemukan terbaring di lokasi kejadian kira-kira jam 6.30 pagi sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut beliau, mangsa dipercayai dilanggar sebuah kenderaan yang terus memecut meninggalkan kawasan tersebut.

“Kita memohon kerjasama orang ramai atau saksi bebas yang melihat kejadian untuk tampil membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya, orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut, Inspektor Irwandy Hamled di talian 013-5155656.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis sedang mencari saksi dan individu dengan maklumat tentang kejadian langgar lari di susur Jambatan Pulau Pinang
  • Mangsa adalah lelaki warga asing yang ditemukan terbaring kira-kira jam 6.30 pagi dan disahkan meninggal di tempat kejadian
  • Mangsa dipercayai dilanggar oleh sebuah kenderaan yang kemudian melarikan diri
  • Polis meminta kerjasama orang ramai untuk membantu siasatan
  • Maklumat dapat disampaikan kepada Inspektor Irwandy Hamled di talian 013-5155656

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!