Polis siasat dakwaan pelakon jadi mangsa perbuatan luar tabii

Fadil
Fadil
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang pelakon lelaki menjadi mangsa perbuatan luar tabii yang dipercayai berlaku ketika mangsa masih kanak-kanak.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung kes tersebut pada Sabtu.

Menurutnya, laporan polis itu dibuat oleh seorang lelaki Melayu berusia 35 tahun di sebuah balai polis di ibu negara pada jam 6.11 petang.

“Pihak polis mengesahkan telah menerima laporan berkaitan kes perbuatan luar tabii pada 31 Januari 2026.

“Kes ini masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Terdahulu, individu terbabit memuat naik kenyataan di media sosial dengan mendakwa pernah menjadi mangsa perbuatan itu ketika masih kanak-kanak, melibatkan individu yang lebih berusia, mempunyai kedudukan serta didakwa mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya.

Individu berkenaan mendakwa kejadian terbabit berlaku sejak sekian lama dan hanya berani bersuara selepas berada dalam keadaan lebih selamat serta stabil untuk berkongsi perkara yang berlaku.

Menurutnya, pendedahan itu dibuat bukan kerana dendam, sebaliknya bagi memberi kesedaran serta perlindungan kepada pihak lain yang mungkin pernah melalui pengalaman hampir sama.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang pelakon lelaki menjadi mangsa perbuatan luar tabii semasa kanak-kanak
  • Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mengesahkan menerima laporan berhubung kes tersebut
  • Laporan polis dibuat oleh lelaki Melayu berusia 35 tahun di sebuah balai polis di Kuala Lumpur
  • Kes luar tabii ini masih dalam siasatan
  • Individu terbabit mendakwa kejadian tersebut berlaku sejak sekian lama dan baru berani bersuara selepas merasa selamat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!