Dua beranak nyaris lemas di Pantai Cerating

KUANTAN – Kegembiraan sebuah keluarga bercuti di Pantai Cherating di sini sempena cuti hujung minggu hampir bertukar duka apabila dua daripada mereka nyaris lemas ketika mandi di pantai itu pada Sabtu.
Dua beranak masing-masing berusia 13 dan 38 tahun itu berjaya diselamatkan anggota pasukan penyelamat pantai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Pengarah APM Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, detik cemas yang dihadapi seorang bapa bersama anak lelakinya itu berlaku kira-kira jam 7 petang.
Menurutnya, kejadian berkenaan bagaimanapun disedari dua anggota pasukan penyelamat pantai yang sedang melakukan rondaan.
“Anggota terlibat ternampak seorang lelaki bersama anaknya dalam keadaan terkapai-kapai meminta pertolongan.
“Melihat kejadian itu, anggota segera menghulurkan bantuan dengan menyelamatkan lelaki berkenaan bersama anaknya yang dikendong menggunakan papan luncur,” katanya.
Che Adam berkata, kedua-dua mangsa yang berasal dari Selangor itu dibawa ke pantai bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Semua mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Ringkasan AI
- Keluarga bercuti di Pantai Cerating hampir alami tragedi lemas
- Dua beranak berusia 38 dan 13 tahun diselamatkan oleh APM
- Insiden berlaku ketika bapa dan anak lelaki mandi pada jam 7 petang
- Dua anggota penyelamat menyedari dan bertindak menyelamatkan mereka
- Mangsa selamat tanpa kecederaan dan adalah penduduk Selangor
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

