Ada apa dengan permukiman Pas kali ini?

Sudah memasuki hari ketiga Pas Pusat mengadakan permukiman yang dikhabarkan bertujuan memperkemaskan petunjuk prestasi utama (KPI), gerak kerja dan operasi parti tersebut. Gambar hiasan.
Sudah memasuki hari ketiga Pas Pusat mengadakan permukiman yang dikhabarkan bertujuan memperkemaskan petunjuk prestasi utama (KPI), gerak kerja dan operasi parti tersebut. Gambar hiasan.
A
A
A

SUDAH memasuki hari ketiga Pas Pusat mengadakan permukiman yang dikhabarkan bertujuan memperkemaskan petunjuk prestasi utama (KPI), gerak kerja dan operasi parti tersebut.

Meskipun ia dikatakan sekadar program 'retreat' biasa dijalankan setiap tahun dengan mengumpulkan pimpinan Pas, tumpuan kali ini terarah kepada apakah butiran lain menerusi perbincangan dalaman parti tersebut.

Dipercayai ia turut menyentuh tentang cadangan pemansuhan jawatan Pengerusi PN, hala tuju kerjasama parti Islam itu dengan rakan komponennya selepas ini serta persiapan mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Sumber dalaman parti itu memberitahu, soal jawatan Pengerusi PN serta cadangan penyertaan dalam kolaborasi agung yang dicadangkan UMNO juga menjadi antara topik utama.

Dengan memilih Hotel Tenera, Bangi sebagai lokasi perjumpaan, kesemua pemimpin Pas bagaimanapun mengambil sikap berdiam diri apabila diajukan soalan daripada wartawan sejak Jumaat lepas.

Walaupun sudah berkali-kali dihubungi menerusi WhatsApp dan panggilan telefon, tiada respons sama sekali membuatkan wakil wartawan daripada pelbagai agensi media berkampung di lokasi untuk mendapatkan perkembangan lanjut.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang juga Ketua Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika dihubungi wartawan Sinar Harian pada Sabtu turut memaklumkan tidak dapat berkongsi perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.

Difahamkan, sepanjang permukiman berlangsung, perwakilan yang menghadiri program itu diwajibkan meninggalkan telefon bimbit masing-masing di meja pendaftaran.

Pengamal media juga bahkan tidak dibenarkan berada di kawasan sekitar mahupun berhampiran dewan, dek peraturan keselamatan ketat yang ditetapkan pihak pengurusan.

Artikel Berkaitan:

Timbul persoalan, ada apa dengan permukiman Pas kali ini sehinggakan ramai yang berdebar dan terlalu ingin tahu intipati dalam perbincangan tertutup itu?

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!