Bekas ketua warden dedah perbualan WhatsApp, Zara Qairina didakwa ada konflik dengan ibu, nenek

Saksi kelapan dalam inkues kematian Zara Qairina mendedahkan cerita di sebalik tangkap layar perbualan dalam aplikasi WhatsApp yang mendakwa kononnya remaja tersebut mempunyai konflik dengan ibu dan neneknya.
Saksi kelapan dalam inkues kematian Zara Qairina mendedahkan cerita di sebalik tangkap layar perbualan dalam aplikasi WhatsApp yang mendakwa kononnya remaja tersebut mempunyai konflik dengan ibu dan neneknya.
A
A
A

KOTA KINABALU - Saksi kelapan dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir mendedahkan cerita di sebalik tangkap layar perbualan dalam aplikasi WhatsApp yang mendakwa kononnya remaja tersebut mempunyai konflik dengan ibu dan neneknya.

Bekas ketua warden, Azhari Abdul Sagap, yang dipanggil semula untuk memberi keterangan, memaklumkan perkara itu ketika diminta oleh peguam, Shahlan Jufri, menjelaskan lebih lanjut berhubung salah satu dokumen yang didedahkannya dan ditandakan sebagai bahan eksibit di Mahkamah Koroner, di sini, pada Khamis.

Saksi diminta menceritakan apa yang berlaku sebelum dan selepas perbualan WhatsApp antara seorang guru warden dan ibu kepada salah seorang pelajar yang didakwa dalam kes Zara Qairina, selepas tangkap layar perbualan tersebut dikongsikan kepadanya.

"Cikgu Dayang Hazirah ada cerita pada perjumpaan pagi 17 Julai itu, dia beritahu ibu pelajar A pernah chat dia, beritahu Zara yang cantik itu ada problem dengan ibu dan neneknya.

"Lepas itu, pelajar A beritahu pernah satu minggu emaknya datang, dia buat tidak tahu saja dengan mak dia. Berjam dia tunggu, emak dia tunggu di bawah. Dia (Zara) di atas memaki hamun mak dan nenek dia.

"Last-last, dia tidak tahan, mak dia naik dorm dan marah si Zara. Itu pada 12 Mac, masa itu awal lagi masih beberapa minggu mereka masuk (sekolah). Maksudnya ibu pelajar A ini tahu yang Zara memang ada konflik atau problem dengan ibunya," jelasnya.

Bagaimanapun, Azhari memaklumkan beliau tidak mengingati tarikh tepat tangkap layar perbualan itu dikongsikan kepadanya, namun mengetahui mengenai perkara tersebut semasa satu mesyuarat yang diadakan di sekolah berkenaan susulan kejadian yang menimpa Zara Qairina.

Beliau kemudiannya diminta menjelaskan punca guru warden terbabit berkongsi tangkap layar perbualan tersebut dengannya.

"Sebab pada 17 hari bulan itu, ada gambar dalam diari 'kenapa hidup saya begini'.... 'Kenapa hidup', dia (ayat itu) menunjukkan Zara ada masalah dalam diari itu dan Cikgu Dayang Hazirah keluarkan cerita yang 12 Mac ada chat ibu pelajar A yang Zara ada konflik dengan ibunya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Shahlan mendapatkan pengesahan daripada saksi bahawa mesyuarat yang diadakan pada 17 Julai 2025 bukan sahaja membincangkan kronologi kejadian melibatkan Zara Qairina, malah turut menyentuh dakwaan konflik remaja itu dengan ibunya serta kewujudan gambar keratan diari.

"Mengenai chat ini, sewaktu di sekolah sebelum saya ke balai untuk bawa pelajar. Itulah masa itu (mesyuarat) dan Cikgu Dayang Hazirah juga warden," katanya.

Sebelum itu, Shahlan menjelaskan tujuan soalan berkenaan dikemukakan adalah kerana isu tersebut merupakan perkara baharu kepada mahkamah, susulan keterangan saksi yang dipanggil semula pada Rabu, iaitu bekas pengetua, yang menyatakan bahawa mesyuarat berkenaan hanya membincangkan penyelarasan kronologi kejadian.

Shahlan bersama pasukannya mewakili ibu Zara Qairina iaitu Noraidah Lamat dan prosiding didengar oleh Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan.

 

 

Ringkasan AI

  • Saksi kelapan dalam inkues kematian Zara Qairina mendedahkan cerita di sebalik tangkap layar perbualan WhatsApp yang mendakwa ada konflik dengan ibu dan neneknya
  • Bekas ketua warden, Azhari Abdul Sagap, memberi keterangan mengenai dokumen yang didedahkannya sebagai bahan eksibit di Mahkamah Koroner
  • Perbualan WhatsApp antara seorang guru warden dan ibu kepada salah seorang pelajar menceritakan tentang konflik Zara Qairina dengan ibu dan neneknya
  • Zara dilaporkan mempunyai masalah dengan ibunya seperti yang diceritakan oleh ibu pelajar A melalui chat yang berlangsung pada 12 Mac
  • Masalah Zara dengan ibunya turut disentuh dalam mesyuarat pada 17 Julai 2025 yang juga membincangkan kronologi kejadian melibatkan Zara Qairina

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!