Presiden Pas tiba di permukiman tahunan parti di Bangi

BANGI - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tiba di Hotel Tenera kira-kira jam 9.40 pagi pada Ahad dengan menggunakan kerusi roda dibantu oleh pegawainya bagi menghadiri permukiman tahunan Pas Pusat yang kini memasuki hari ketiga.
Pada kebiasaannya program tahunan berkenaan diadakan bagi memperkemaskan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), gerak kerja dan operasi parti.
Walaupun biasanya bersifat rutin, tumpuan kali ini dijangka membincangkan hala tuju kerjasama dengan rakan komponen serta persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Permukiman diadakan dalam suasana keselamatan yang ketat, di mana perwakilan dilaporkan perlu meletakkan telefon bimbit di meja pendaftaran, manakala media dilarang berada berhampiran dewan.
Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, enggan mengulas butiran mesyuarat apabila dihubungi pemberita.
Ringkasan AI
- Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menghadiri permukiman tahunan Pas Pusat menggunakan kerusi roda
- Program tahunan ini diadakan untuk memperkemaskan Petunjuk Prestasi Utama, gerak kerja dan operasi parti
- Tumpuan permukiman kali ini dijangka pada hala tuju kerjasama dengan rakan komponen dan persiapan PRN dan PRU16
- Permukiman diadakan dengan keselamatan ketat, perwakilan perlu letak telefon bimbit di meja pendaftaran dan media dilarang berhampiran dewan
- Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, enggan mengulas butiran mesyuarat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

