Mesyuarat di rumah Muhyiddin: 'Jemput pun tidak, macam mana nak hadir' - Hamzah

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan tidak dijemput untuk hadir dalam mesyuarat awal (pra-majlis) di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis.
Ketua Pembangkang itu berkata, jika tiada jemputan, beliau tidak boleh menghadiri acara berkenaan yang akan diadakan pada malam ini.
“Bukan macam itu, (sepatutnya soalan begini) adakah Datuk Seri dijemput untuk menghadiri mesyuarat ini?
“Jemput pun tidak, nak suruh hadir macam mana?,” katanya ketika dalam sidang media di Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan mengenai kehadiran beliau dalam mesyuarat tersebut.
Sebelum ini, media melaporkan Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang sepatutnya berlangsung pada Khamis dibatalkan dan digantikan dengan mesyuarat pra-majlis di kediaman Muhyiddin.
Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man.
Difahamkan, pertemuan melibatkan ketua-ketua parti itu adalah mesyuarat awal bagi 'menentukan hala tuju' sebelum Majlis Tertinggi PN bersidang untuk mengesahkan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Pengerusi PN serta melantik penggantinya.
Ringkasan AI
- Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Hamzah Zainudin tidak dijemput untuk hadir dalam mesyuarat awal di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin
- Beliau menyatakan ketidakhadirannya kerana tiada jemputan
- Mesyuarat pra-majlis tersebut adalah untuk menentukan hala tuju sebelum Majlis Tertinggi PN bersidang
- Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional yang sepatutnya berlangsung dibatalkan dan digantikan dengan mesyuarat pra-majlis
- Pertemuan itu diadakan untuk mengesahkan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Pengerusi PN serta melantik penggantinya
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

