Keluar ikut giliran nombor plat di Terengganu bermula esok

Roslee Chik
Roslee Chik
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu akan melaksanakan sistem penggiliran nombor pendaftaran kenderaan di atas jalan raya bagi mengurangkan pergerakan kenderaan di negeri ini yang bermula esok.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, langkah itu diambil bagi memperketatkan lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Ke-2 yang bermula esok.

Menurutnya, pelaksanaannya dijangka dapat mengurangkan 50 peratus jumlah kenderaan di atas jalan raya termasuk motosikal.

Katanya, hanya kenderaan perkhidmatan penting negara serta mempunyai bukti daripada jabatan atau syarikat mereka bertugas dibenarkan berada di atas jalan raya.

"Bagi kenderaan persendirian pula, kita memperkenalkan Sistem Penggiliran Berasaskan Nombor Pendaftaran Kenderaan berkuat kuasa esok sehingga 14 April ini.

"Angka terakhir nombor pendaftaran akan dijadikan panduan sama ada nombor ganjil atau nombor genap. Hanya kenderaan persendirian dengan angka nombor ganjil sahaja dibenarkan untuk bergerak bagi sebarang urusan esok.

"Bagi kenderaan dengan nombor pendaftaran genap, ia dibenarkan bergerak pada keesokannya iaitu Khamis secara giliran sehingga 14 April," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Pemberitahuan mengenai sistem penggiliran nombor pendaftaran kenderaan di atas jalan raya sudah disebarkan di laman sosial sejak pagi tadi.
Pemberitahuan mengenai sistem penggiliran nombor pendaftaran kenderaan di atas jalan raya sudah disebarkan di laman sosial sejak pagi tadi.

Roslee berkata, jika ada kenderaan persendirian yang tidak dibenarkan bergerak melalui mana-mana sekatan, pihaknya mengarahkan pemandunya kembali ke rumah masing-masing.

Katanya, pendekatan itu terpaksa dilaksanakan bagi menghadkan jumlah kenderaan yang masih tinggi di atas jalan raya seolah-olah tidak menghiraukan PKP.