Pesawat Beechcraft 1900 bawa 15 penumpang terhempas

RIO DE JANEIRO - Seramai 15 individu, termasuk seorang anggota Kongres Colombia maut apabila sebuah pesawat kecil terhempas di timur laut negara itu, menurut pihak berkuasa pada Rabu, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Penerbangan domestik yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan milik kerajaan, Satena, itu dalam perjalanan dari Cucuta ke Ocana sebelum terputus hubungan dengan kawalan lalu lintas udara hanya beberapa minit selepas berlepas.
Pesawat jenis Beechcraft 1900 itu terhempas di kawasan pergunungan di wilayah Norte de Santander, berhampiran sempadan dengan Venezuela.
"Hari ini seluruh negara berkabung,” kata Menteri Pengangkutan Colombia María Fernanda Rojas selepas Satena mengesahkan kematian kesemua 13 penumpang dan dua kru penerbangan.
Antara yang maut ialah penggubal undang-undang Colombia, Diogenes Quintero daripada Parti de la U yang merupakan wakil tempatan terkenal di wilayah Catatumbo di timur laut negara itu yang terjejas akibat konflik. -Bernama-dpa
Ringkasan AI
- Seramai 15 individu termasuk seorang anggota Kongres Colombia maut dalam kemalangan pesawat
- Pesawat milik kerajaan, Satena, terhempas saat dalam perjalanan dari Cucuta ke Ocana
- Pesawat Beechcraft 1900 terhempas di kawasan pergunungan di Norte de Santander
- Kematian kesemua 13 penumpang dan dua kru telah disahkan
- Antara yang maut ialah penggubal undang-undang Colombia, Diogenes Quintero
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
