Anggota tentera Israel maut ditembak rakan secara tidak sengaja

Yosef Chaim Rabuch dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Yosef Chaim Rabuch dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
A
A
A

JERUSALEM – Seorang anggota tentera Pasukan Pertahanan Israel (IDF) maut selepas terkena tembakan tidak disengajakan oleh rakannya sendiri, seorang pegawai Polis Sempadan di rumahnya di Kiryat Arba, lapor media tempatan baru-baru ini.

Mangsa, Yosef Chaim Rabuch, ketika itu sedang bercuti dan berada di rumah apabila insiden berlaku.

Menurut laporan, pegawai polis berkenaan dipercayai sedang menunjukkan sesuatu menggunakan senjatanya sebelum peluru dilepaskan secara tidak sengaja dan mengenai Rabuch, menyebabkan kecederaan parah.

Mangsa dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Mahkamah Majistret Jerusalem pada malam Isnin memerintahkan penahanan suspek dilanjutkan selama lima hari, manakala Jabatan Siasatan Polis (PID) telah mendakwa pegawai berkenaan atas tuduhan membunuh tanpa niat.

Difahamkan, kedua-dua mereka merupakan rakan karib dan merancang untuk keluar bersama sebelum insiden tragik itu berlaku.

Dalam kenyataan susulan kejadian, Majlis Tempatan Kiryat Arba menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Rabuch. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang anggota tentera IDF maut ditembak tidak sengaja oleh pegawai Polis Sempadan di rumahnya di Kiryat Arba
  • Mangsa, Yosef Chaim Rabuch, sedang bercuti dan berada di rumah semasa kejadian
  • Pegawai polis tersebut sedang menunjukkan sesuatu dengan senjatanya sebelum peluru terlepas dan mengenai Rabuch
  • Rabuch meninggal dunia setelah dikejarkan ke hospital
  • Mahkamah memerintahkan penahanan suspek dilanjutkan lima hari dan dituduh membunuh tanpa niat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!