Kematian Suri: Keluarga pertimbang lantik peguam pemerhati

Zainizan dibawa polis ke Mahkamah Majistret Rembau.
Zainizan dibawa polis ke Mahkamah Majistret Rembau.
A
A
A

REMBAU – Keluarga kepada Allahyarham Suri Narudin, 53, mempertimbangkan untuk melantik peguam pemerhati bagi mengikuti prosiding kes kematian wanita itu.

Anak saudara Allahyarham, Sara Alias, 38, berkata, perkara berkenaan akan diputuskan selepas melihat perkembangan kes tersebut.

“Kita akan tengok dahulu bagaimana prosiding kes ini berjalan. Jika ada perkara yang tidak memuaskan hati, barulah kita akan melantik peguam pemerhati.

“Sebab itu kami hadir sendiri untuk mengikuti perkembangan kes ini,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.

Dia bersama keluarga tiba di mahkamah jam 7.30 pagi bagi mengikuti prosiding sebutan semula kes tersebut untuk kemukakan laporan bedah siasat.

Bagaimanapun Pegawai Pendakwa, Ali Yaacob memberitahu mahkamah yang laporan berkenaan belum diperolehi.

Majistret, Mohamad Redza Azhar Rezali kemudian menetapkan 3 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula bagi laporan bedah siasat.

Media sebelum ini melaporkan, pada 26 Disember lalu, seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin atas pertuduhan membunuh Suri, yang mayatnya ditemukan di dalam sebuah beg dan ditanam di belakang sebuah rumah di Rembau.

Tertuduh, Zainizan Zainal, 52, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki yang tidak diwakili peguam itu didakwa membunuh Suri di kawasan belakang sebuah rumah di Jalan Pedas-Linggi, Rembau antara 7 hingga 18 Disember lalu.

Ringkasan AI

  • Keluarga Allahyarham Suri Narudin mempertimbangkan melantik peguam pemerhati untuk prosiding kes
  • Keputusan akan dibuat berdasarkan perkembangan prosiding
  • Keluarga hadir awal di mahkamah untuk mengikuti perkembangan kes
  • Laporan bedah siasat belum diperolehi, mahkamah tetapkan tarikh baru
  • Zainizan Zainal didakwa membunuh Suri Narudin, tiada pengakuan direkodkan kerana kes di bawah Mahkamah Tinggi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!