Rumah selesa, cekap tenaga

Raja Ahmad Shahrir Iskandar (dua dari kanan) dan Lawrence (dua dari kiri) dalam majlis pemeteraian MoU baru-baru ini.
Raja Ahmad Shahrir Iskandar (dua dari kanan) dan Lawrence (dua dari kiri) dalam majlis pemeteraian MoU baru-baru ini.
A
A
A

PROJEK perumahan Rumah Idaman di Selangor berpotensi menawarkan kediaman yang lebih selesa serta cekap tenaga susulan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara anak syarikat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) iaitu PNSB Construction Sdn Bhd (PCSB) dan Daikin Malaysia Sales & Service Sdn Bhd (Daikin) bagi meneroka kerjasama strategik dalam penyediaan penyelesaian sistem dan teknologi.

Pemeteraian MoU disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim bersama Pengarah Urusan Daikin, Lawrence Song Yew Beng.

Kerjasama itu bertujuan menyokong pembangunan projek perumahan Rumah Idaman melalui penerokaan dan penilaian peluang berkaitan pembekalan, pemasangan serta pelaksanaan produk dan sistem Daikin bagi projek perumahan itu.

Skop kerjasama meliputi perbincangan teknikal, demonstrasi produk serta sokongan kepakaran bagi memastikan kesesuaian dan integrasi sistem yang dicadangkan selari dengan keperluan projek perumahan berkenaan.

Menurut Raja Ahmad Shahrir Iskandar, kerjasama itu mencerminkan komitmen PNSB dalam memperkukuh pembangunan perumahan mampan melalui penerapan teknologi serta kepakaran daripada rakan strategik yang diiktiraf di peringkat global.

Beliau berkata, inisiatif tersebut selaras dengan keperluan komuniti masa kini dan akan datang, khususnya dalam memastikan projek perumahan yang dibangunkan bukan sahaja memenuhi keperluan asas, malah menawarkan kualiti kediaman yang lebih baik.

Sementara itu, Lawrence berkata, Daikin melihat penyaman udara bukan sekadar penyejukan semata-mata, sebaliknya merangkumi aspek keselesaan, kebolehpercayaan dan ketenangan minda kepada penghuni.

“Selama beberapa dekad, Daikin komited menyediakan produk berkualiti tinggi yang direka dengan teknologi termaju, kecekapan tenaga serta ketahanan jangka panjang.

“Dengan menggabungkan kepakaran Daikin dalam penyelesaian penyaman udara bersama visi pembangunan PNSB, kami harap dapat mewujudkan kediaman yang memberikan keselesaan dan ketenangan minda kepada para penghuni,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah PNSB Construction Sdn Bhd, Datuk Puasa Md Taib serta Penasihat Program Local Giants Kelab Bola Sepak Selangor, Datuk Lee Chong Haw.

Turut menyaksikan MoU Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bola Sepak Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon dan Ahli Lembaga Pengarah PNSB, Datuk Mohamad Lotfy Mohamad Noh.

Ringkasan AI

  • PROJEK perumahan Rumah Idaman di Selangor menjalin kerjasama dengan Daikin Malaysia untuk penyelesaian sistem dan teknologi yang lebih baik
  • MoU antara PNSB Construction Sdn Bhd dan Daikin Malaysia menandakan kerjasama strategik dalam pembekalan, pemasangan, dan pelaksanaan sistem penyaman udara
  • Kerjasama ini bertujuan untuk memastikan kediaman Rumah Idaman menawarkan keselesaan, kebolehpercayaan, dan ketenangan minda kepada penghuninya
  • Raja Ahmad Shahrir Iskandar menyatakan kerjasama ini mencerminkan komitmen PNSB untuk membangun perumahan yang mampan dan berkualiti bagi komuniti masa kini dan akan datang
  • Daikin berkomitmen menyediakan produk penyaman udara yang berkualiti tinggi, cekap tenaga, dan tahan lama untuk memenuhi visi pembangunan perumahan mampan PNSB

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!