[KRONOLOGI] Isu ladang ternakan babi

Isu ladang ternakan babi di Selangor yang berlarutan sejak puluhan tahun akhirnya memuncak apabila kerajaan negeri memutuskan untuk membatalkan dan menangguhkan projek ladang babi berpusat di Bukit Tagar. Foto hiasan
Isu ladang ternakan babi di Selangor yang berlarutan sejak puluhan tahun akhirnya memuncak apabila kerajaan negeri memutuskan untuk membatalkan dan menangguhkan projek ladang babi berpusat di Bukit Tagar. Foto hiasan
A
A
A

ISU ladang ternakan babi di Tanjung Sepat yang berlarutan sejak puluhan tahun lalu mula memuncak pada awal Januari apabila operasi penternakan didakwa menjadi tidak sah berikutan lesen yang dimohon penternak tidak diperbaharui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor bermula 1 Januari.

Keadaan itu mencetuskan rayuan daripada pengusaha terlibat, mendorong campur tangan kerajaan negeri termasuk perbincangan di peringkat Exco, selain bantahan terbuka oleh ratusan penternak yang menggesa syarat pelesenan dilonggarkan bagi membolehkan operasi diteruskan.

Berikut merupakan kronologi isu ladang ternakan babi di Selangor.

1 Januari: Bermula tarikh ini, pengoperasi ladang ternakan babi dijalankan secara tidak sah selepas Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (JPV) tidak memperbaharui lesen yang dimohon penternak.

7 Januari: Exco kerajaan Selangor, Ng Sze Han mendedahkan bahawa selepas menerima rayuan daripada para penternak, beliau segera menghubungi Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin dan JPV serta turut membangkitkan isu itu dalam mesyuarat Exco.

9 Januari: Seramai 200 penternak babi dan pihak berkepentingan industri berkaitan berhimpun di hadapan Persatuan Penternak Babi Kuala Langat bagi membantah syarat yang disifatkan terlalu ketat dan menggesa kerajaan melonggarkan lesen.

10 Januari: Sultan Selangor, SultanSharafuddin Idris Shah menzahirkan dukacita dan tidak bersetuju dengan perancangan kerajaan negeri membenarkan operasi sementara penternakan babi di Tanjong Sepat, sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar pada 2030.

12 Januari: Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim berkata, pemindahan ladang penternakan babi ke lokasi khas di kawasan Bukit Tagar, Hulu Selangor akan disegerakan pada tahun ini berbanding perancangan terdahulu yang dijangka pada 2030.

13 Januari: Kerajaan negeri akan menyegerakan kajian penilaian impak alam sekitar (EIA) dan sosial (SIA) sebelum melaksanakan pembangunan ladang ternakan babi berpusat di Bukit Tagar.

Artikel Berkaitan:

16 Januari: 37 NGO Melayu Islam menyerahkan memorandum bantahan cadangan projek ladang babi berskala besar didakwa berdekatan penduduk Melayu di Bukit Tagar.

17 Januari: Penduduk Felda di sekitar Hulu Selangor meneruskan perhimpunan membantah cadangan memindahkan pusat penternakan babi dari Tanjung Sepat ke Bukit Tagar yang didakwa terlalu hampir dengan kawasan penempatan dan sumber air.

23 Januari: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyorkan projek ternakan babi berpusat di Bukit Tagar yang menimbulkan keresahan masyarakat setempat dibatalkan terlebih dahulu ataupun dipindahkan di kawasan baharu yang lebih baik.

26 Januari: Kerajaan Selangor memutuskan projek ternakan babi di Bukit Tagar dibatal dan ditangguhkan sementara lokasi alternatif atau kaedah yang lebih sesuai ditemui.

 

 

Ringkasan AI

  • Isu ladang ternakan babi di Tanjung Sepat menjadi tidak sah selepas JPV Selangor tidak memperbaharui lesen pada 1 Januari
  • Penternak dan pihak berkepentingan industri berhimpun bantah syarat pelesenan terlalu ketat
  • Sultan Selangor tidak bersetuju dengan operasi sementara ladang ternakan babi sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar pada 2030
  • Pemindahan ladang penternakan babi ke Bukit Tagar dipercepatkan dari perancangan awal 2030
  • Perdana Menteri mengesyorkan projek ternakan babi di Bukit Tagar dibatalkan atau dipindahkan ke lokasi baru

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!