'BAP RM150 sangat bermakna buat kami'

Golongan ibu bapa yang menerima BAP menyifatkan bantuan berkenaan cukup bermakna dan membantu dari segi persediaan perbelanjaan persekolahan anak-anak. Gambar kecil dari kiri: Norhayati, Siti Nasiha dan Mohd Kairul Nizam.
Golongan ibu bapa yang menerima BAP menyifatkan bantuan berkenaan cukup bermakna dan membantu dari segi persediaan perbelanjaan persekolahan anak-anak. Gambar kecil dari kiri: Norhayati, Siti Nasiha dan Mohd Kairul Nizam.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Orang ramai terutamanya golongan ibu bapa yang menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) menyifatkan, bantuan itu cukup bermakna dan membantu mereka khususnya dari segi persediaan perbelanjaan persekolahan anak-anak.

Bagi Norhayati Abd Kahar, 52, biarpun nilai bantuan tersebut tidak besar, namun ia tetap memberikan manfaat kepada orang ramai.

Katanya, bantuan berkenaan digunakan sepenuhnya bagi menyediakan persiapan sekolah anaknya yang kini berada di Tahun 5.

"Ini bukan kali pertama saya menerima bantuan tetapi sudah lima tahun iaitu sejak anak saya di peringkat awal persekolahan lagi.

“Alhamdulillah, bantuan ini boleh menyokong sedikit perbelanjaan dan membantu tambah-tambah keperluan pembelajaran seperti alat tulis dan barangan asas lain.

“Sebenarnya, barangan kelengkapan sekolah sebenarnya sudah ada, cuma bantuan ini digunakan sebagai persiapan tambahan, " katanya.

Norhayati berkata demikian berkata demikian sempena Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan di SK Putra Utama, Kulai yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching pada Isnin.

Nie Ching (dua, kanan) menyempurnakan penyerahan BAP.
Nie Ching (dua, kanan) menyempurnakan penyerahan BAP.

Artikel Berkaitan:

Seorang bapa, Mohd Kairul Nizam Sahar, 42, pula berkata, BAP memang sangat membantu dalam menyediakan keperluan persekolahan dua orang anaknya yang berusia 10 dan 12 tahun.

Malah beliau sebagai penolong perubatan itu berkata, bantuan tersebut akan dimanfaatkan sebaiknya.

“Bagi saya, bantuan seperti ini memang bagus kerana membantu ibu bapa meringankan beban, khususnya dari segi pembelajaran anak-anak.

"Bagaimanapun, anak-anak saya masih menggunakan pakaian sekolah lama dan pembelian baharu akan dibuat secara berperingkat yang mana kami beli yang mana perlu dahulu.

"Jadi bantuan ini akan digunakan bagi menampung barang yang masih belum dapat dibeli,” katanya.

Sementara itu, seorang juruwang pasar raya, Siti Nasiha Sidek, 35, berkata, BPA kali ini akan digunakan sepenuhnya buat dua anaknya masing-masing berusia 12 dan 16 tahun.

Menurutnya, biarpun jumlah RM150 bagi setiap anak dilihat kecil, namun ia sebenarnya sudah cukup memadai.

“Baju sukan lama sudah tidak sesuai, jadi bantuan ini memang tepat pada masanya dan akan digunakan bagi membeli pakaian sukan sekolah yang baharu.

"Ini merupakan kali ketiga menerima bantuan persekolahan BAP dan bagi saya, ia memang bagus kerana dilihat sedikit sebanyak membantu mengurangkan tekanan kewangan keluarga terutamanya menjelang pembukaan sekolah.

“Walaupun tidak menampung sepenuhnya, tetapi bantuan ini sangat-sangat membantu. Terima kasih," ujarnya.

Ringkasan AI

  • Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dianggap bermakna dan membantu ibu bapa dalam persediaan perbelanjaan persekolahan anak-anak
  • Bantuan digunakan untuk membeli keperluan pembelajaran dan barangan asas lain seperti alat tulis
  • Penerima BAP, Norhayati Abd Kahar telah menerima bantuan ini selama lima tahun untuk anaknya yang berada di Tahun 5
  • Mohd Kairul Nizam Sahar menggunakan bantuan untuk menyediakan keperluan sekolah dua anaknya yang berusia 10 dan 12 tahun
  • Siti Nasiha Sidek bertujuan menggunakan bantuan BAP untuk membeli pakaian sukan sekolah baru bagi dua anaknya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!