6 individu dipanggil bantu siasatan kes wang RM250,000 Syed Saddiq

Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal. -Foto Sumber Internet
Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal. -Foto Sumber Internet
A
A
A

PETALING JAYA - Enam individu akan dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan wang tunai RM250,000 di kediaman Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di kampung Tunku, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kesemua enam individu itu akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, hari ini.

"Mereka akan dipanggil ke IPD Petaling Jaya untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar selepas meninjau sekatan jalan raya di Jalan Persiaran Surian, Damansara, di sini, hari ini.

Dalam kenyataan Nik Ezanee, sebelum ini mengesahkan laporan polis telah diterima dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Beliau juga mengesahkan seorang wanita warga Indonesia telah ditahan reman untuk membantu siasatan.

Terdahulu, Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan itu menafikan wang itu adalah milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) seperti yang tular di media sosial.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Duit hilang RM250,000 bukan milik Bersatu: Syed Saddiq

Artikel Berkaitan: