Penunggang motosikal maut terperosok bawah lori

Mangsa terperosok di bawah lori meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mangsa terperosok di bawah lori meninggal dunia di lokasi kejadian.
A
A
A

NILAI - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah lori yang keluar dari persimpangan Kuari Labu di Batu 11, Labu di sini pada Selasa.

Dalam kejadian jam 1.16 tengah hari itu, mangsa yang berusia 40-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala selepas terperosok ke bawah kenderaan berat itu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 40-an dalam perjalanan dari Nilai menghala ke Seremban.

Kejadian kemalangan berlaku di persimpangan Kuari Labu.
Kejadian kemalangan berlaku di persimpangan Kuari Labu.

"Siasatan awal mendapati lori itu pula dari Kuari Labu menghala ke Nilai.

"Ketika kejadian, lori tersebut dipercayai sedang membelok ke kanan jalan untuk keluar dari simpang kuari, namun motosikal mangsa yang datang dari arah kanan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sisi kanan lori," katanya pada Selasa.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Rembau untuk tujuan bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

Lori yang dilanggar oleh motosikal mangsa.
Lori yang dilanggar oleh motosikal mangsa.

"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada Polis Daerah Nilai di talian 06-7904389 (Pusat Kawalan Daerah Nilai) atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Inspektor Muhammad Farid Danial Azli di talian 012-9122198," katanya.

Ringkasan AI

  • Seorang penunggang motosikal maut apabila motosikalnya melanggar lori di persimpangan Kuari Labu
  • Kejadian berlaku pada jam 1.16 tengah hari ketika mangsa dalam perjalanan dari Nilai ke Seremban
  • Lori tersebut sedang membelok ke kanan jalan untuk keluar dari simpang kuari saat motosikal mangsa melanggarnya
  • Mangsa mengalami cedera di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian
  • Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, polis meminta orang ramai membantu siasatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!