Ribut musim sejuk landa 20 negeri AS, Washington DC isytihar darurat

Kenderaan memandu di dalam salji pada 24 Januari 2026 di Little Rock, Arkansas. Ribut musim sejuk yang besar membawa suhu sejuk melampau, ais, dan salji kepada hampir 200 juta penduduk Amerika. Foto ​Will Newton/Getty Images
Kenderaan memandu di dalam salji pada 24 Januari 2026 di Little Rock, Arkansas. Ribut musim sejuk yang besar membawa suhu sejuk melampau, ais, dan salji kepada hampir 200 juta penduduk Amerika. Foto ​Will Newton/Getty Images
A
A
A

WASHINGTON - Ribut musim sejuk besar dikenali sebagai Winter Storm Fern melanda sebahagian besar Amerika Syarikat, dari New Mexico hingga Maine, sekali gus menjejaskan lebih 180 juta penduduk di negara itu.

ABC News melaporkan, sekurang-kurangnya 20 negeri termasuk Texas, New York, Pennsylvania dan Virginia serta Washington, D.C. telah mengisytihar darurat.

Ribut ini membawa salji tebal dan ais, dijangka paling kritikal pada Sabtu, dari Texas hingga Lembah Ohio dan timur Laut AS.

New York City dijangka menerima 20 hingga 30 sentimeter salji.

Untuk menghadapi ribut, anggota National Guard dari 12 negeri dikerahkan untuk membantu membersihkan jalan dan menyelamatkan orang yang terperangkap.

Ribut ini turut menyebabkan gangguan bekalan elektrik besar, termasuk 57,000 pelanggan terjejas di Texas dan lebih 45,000 di Louisiana.

Pihak berkuasa turut mengingatkan orang ramai mengelak perjalanan tidak perlu dan menyediakan bekalan kecemasan kerana cuaca dijangka bertambah buruk sepanjang hujung minggu.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Winter Storm Fern melanda Amerika Syarikat dari New Mexico hingga Maine, menjejaskan lebih 180 juta orang
  • Sekurang-kurangnya 20 negeri termasuk Texas dan New York mengisytihar darurat
  • Ribut membawa salji tebal dan ais, paling kritikal pada Sabtu
  • New York City dijangka menerima 20 hingga 30 sentimeter salji
  • Anggota National Guard dari 12 negeri dikerahkan untuk membantu, gangguan bekalan elektrik besar terjadi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!