Hujan lebat, ribut petir diramal landa tiga negeri - MetMalaysia


KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Terengganu, Sarawak dan Sabah serta Wilayah Persekutuan (WP) Labuan sehingga 7 malam ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan kawasan dijangka terjejas di Terengganu adalah Marang, Dungun dan Kemaman, manakala di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan dan Kapit, Song serta Bukit Mabong.
Di Sabah pula melibatkan kawasan pedalaman di Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort serta Tawau.
Sehubungan dengan itu, orang awam diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan kemungkinan berlaku hujan lebat serta tiupan angin kencang, yang berpotensi mengakibatkan banjir kilat dan kerosakan sementara di kawasan terlibat. - Bernama
Ringkasan AI
- MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Terengganu, Sarawak, Sabah dan WP Labuan
- Kawasan terjejas di Terengganu termasuk Marang, Dungun dan Kemaman
- Di Sarawak, kawasan terjejas adalah Kuching, Serian, Samarahan, Kapit, Song serta Bukit Mabong
- Kawasan pedalaman di Sabah yang terlibat adalah Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tawau
- Orang awam diingatkan untuk berwaspada akan kemungkinan banjir kilat dan kerosakan akibat hujan lebat serta angin kencang
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
