Bayi lelaki umur enam bulan ditemukan tidak bernyawa di rumah

GEORGE TOWN - Seorang bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah flat di Air Itam di sini pada Isnin oleh ibu bapanya yang juga warga asing sebelum disahkan meninggal dunia.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu pada 8.55 pagi, dan siasatan awal mendapati bayi tersebut ditemukan di atas katil di bilik tidur oleh ibu bapanya pada kira-kira 7 pagi.
"Badan bayi itu didapati tiada kesan jenayah, dan mangsa mempunyai sejarah masalah kesihatan di bahagian paru-paru.
"Hasil bedah siasat oleh Jabatan Forensik Perubatan Hospital Pulau Pinang juga mendapati tiada unsur jenayah dikesan di badan bayi itu" menurutnya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut dan satu laporan dibuka untuk siasatan lanjut.
Ringkasan AI
- Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan tidak sedarkan diri di flat Air Itam oleh ibu bapanya
- Bayi tersebut disahkan meninggal dunia
- Ibu bapa bayi tersebut adalah warga asing
- Tiada kesan jenayah pada badan bayi, yang mempunyai sejarah masalah kesihatan paru-paru
- Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut, siasatan lanjut dibuka
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

