Mubasyyir sasar terbangkan 5,000 jemaah umrah pada 2026

INTAN (enam dari kanan) bergambar bersama staf Mubasyyir selepas sidang akhbar di pejabatnya di Shah Alam pada Selasa.
INTAN (enam dari kanan) bergambar bersama staf Mubasyyir selepas sidang akhbar di pejabatnya di Shah Alam pada Selasa.
A
A
A

SYARIKAT pengendali umrah, Mubasyyir Travel & Tours (Mubasyyir) menyasarkan seramai 5,000 jemaah umrah diterbangkan pada tahun 2026 khususnya bagi mereka dalam kalangan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Pengarah Urusan Mubasyyir, Datin Seri Intan Abdul Hamid berkata, syarikat yang ditubuhkan pada 2023 dan berlesen di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) itu kini telah bersedia untuk melangkah ke hadapan.

“Dalam tempoh singkat, kami telah berkembang secara konsisten hasil kepercayaan orang ramai terhadap disiplin operasi yang kami amalkan.

“Jadi pada tahun ini, kami menyasarkan untuk menerbangkan 5,000 jemaah umrah melalui pelbagai pakej yang ditawarkan termasuk pakej ekonomi serendah RM4,990,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Shah Alam pada Selasa.

Turut hadir, Pengurus Besar Mubasyyir, Ustaz Muhammad Salleh.

Ujar Intan, pengukuhan operasi itu turut menjadi asas dalam usaha untuk terlibat secara rasmi dalam pengurusan ibadah haji dengan memohon lesen Pengendali Jemaah Haji (PJH) daripada Lembaga Tabung Haji bagi musim haji 2027.

INTAN
INTAN

Tambahnya, dalam masa terdekat, kira-kira 30 jemaah umrah telah dijadualkan untuk ke Tanah Suci sebagai memenuhi sebahagian daripada jadual berkala syarikat.

Artikel Berkaitan:

Ketika mengulas situasi semasa industri, Intan berkata, isu penipuan pakej umrah semakin membimbangkan pada masa kini dan ia memberi kesan besar kepada imej industri secara keseluruhan.

“Kes penipuan bukan sahaja merugikan jemaah, malah mencemarkan reputasi pengendali yang sah dan berlesan.

“Saya menasihatkan bakal jemaah agar lebih berwaspada sebelum membuat sebarang tempahan umrah dengan memastikan agensi memiliki lesen yang sah, tidak terpengaruh dengan pakej terlalu murah, menyemak rekod penerbangan yang jelas dan mengelakkan bayaran dibuat ke akaun peribadi,” katanya.

Ringkasan AI

  • SYARIKAT pengendali umrah, Mubasyyir Travel & Tours menyasarkan 5,000 jemaah umrah diterbangkan pada tahun 2026 bagi B40 dan M40
  • Syarikat itu ditubuhkan pada 2023 dan berlesen di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
  • Menyediakan pakej ekonomi serendah RM4,990
  • Berhasrat memperoleh lesen Pengendali Jemaah Haji untuk musim haji 2027
  • Memperingatkan bakal jemaah tentang penipuan pakej umrah dan menasihatkan untuk semak lesen serta rekod penerbangan agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!