Isteri rakam aksi suami perkosa pekerja 'sebagai ugutan bekerja tanpa gaji'

Suspek kini dalam proses menjalani proses undang-undang Indonesia.
Suspek kini dalam proses menjalani proses undang-undang Indonesia.
A
A
A

MAKASSAR – Seorang pekerja wanita berusia 22 tahun dipercayai menjadi mangsa pemerkosaan oleh majikannya sendiri di Makassar, Sulawesi Selatan dalam kejadian pada awal Januari lalu.

Lebih mengejutkan, isteri suspek turut merakam kejadian itu menggunakan telefon bimbit, menurut laporan detikSulsel.

Menurut keterangan Sekretariat Yayasan Pemerhati Masalah Perempuan (YPMP) Sulawesi Selatan, Alita Karen, rakaman itu sengaja dibuat untuk mengugut mangsa agar bekerja tanpa gaji.

“Menurut kenyataan saksi, rakaman itu digunakan sebagai ancaman. Suspek dilaporkan berkata, ‘kamu harus bekerja di sini tanpa bayaran.’ Mangsa dikatakan perlu bekerja selama 15 tahun,” kata Alita.

Mangsa telah bekerja di perniagaan pasangan suami isteri itu selama tiga bulan.

Alita menambah, pihak polis digesa menyiasat secara menyeluruh kerana kemungkinan mangsa bukan satu-satunya yang mengalami penderaan, memandangkan ramai pekerja sebelum ini tidak lama bekerja di situ.

“Boleh jadi masih ada mangsa lain, selain gaji yang kecil, bayangkan bekerja dari jam 7 malam hingga 12 tengah hari hanya menerima 60,000 rupiah (RM14.35),” tambahnya.

Kejadian itu dipercayai berlaku di kediaman pelaku di Barombong, Makassar, pada 1 hingga 2 Januari 2026.

Mangsa diperangkap oleh isteri suspek, dipaksa melakukan hubungan badan dengan suaminya, dan dirakam untuk dijadikan ancaman.

Artikel Berkaitan:

Kes tersebut telah dilaporkan kepada polis Makassar dengan bantuan YPMP Sulawesi Selatan.

Kedua-dua suspek kini sedang diadili dan pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pasangan berkenaan atas tuduhan memerangkap, memeras dan merogol secara terancang. - Agensi

Ringkasan AI

  • Pekerja wanita berusia 22 tahun di Makassar dipercayai menjadi mangsa pemerkosaan oleh majikannya
  • Isteri suspek merakam kejadian itu menggunakan telefon bimbit sebagai ancaman agar mangsa bekerja tanpa gaji
  • Mangsa harus bekerja selama 15 tahun tanpa bayaran sebagai bagian dari ancaman tersebut
  • Mangsa telah bekerja tiga bulan di perniagaan pasangan suami isteri itu
  • Kedua-dua suspek sedang diadili atas tuduhan memeras dan merogol secara terancang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!