Tanah runtuh di tapak pembinaan, seorang pekerja maut tertimbus

Operasi mencari dan menyelamat yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di hadapan sebuah kilang yang masih dalam pembinaan di Bandar Penawar, Kota Tinggi.
Operasi mencari dan menyelamat yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di hadapan sebuah kilang yang masih dalam pembinaan di Bandar Penawar, Kota Tinggi.
A
A
A

KOTA TINGGI – Seorang lelaki maut selepas dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di hadapan sebuah kilang yang masih dalam pembinaan di Jalan Industri A5, Bandar Penawar, di sini pada Selasa.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar,

Pegawai Bomba Tinggi II (PBT II) Izwani Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1 tengah hari.

"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, didapati benar berlaku kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan sebuah kilang.

Pihak bomba menggunakan jentera pengorek semasa operasi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Bandar Penawar, Kota Tinggi.
Pihak bomba menggunakan jentera pengorek semasa operasi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Bandar Penawar, Kota Tinggi.

 

“Dalam kejadian tersebut, dua orang mangsa yang merupakan pekerja kerja-kerja pempaipan terlibat apabila tertimbus akibat runtuhan tanah.

“Seorang mangsa lelaki dewasa berusia 32 tahun berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang lagi mangsa lelaki dewasa berusia 52 tahun tertimbus sepenuhnya di dalam tanah dianggarkan sedalam kira-kira tiga meter,” katanya dalam kenyataan.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, pasukan bomba segera menjalankan operasi menyelamat dengan menggali tanah bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus menggunakan peralatan menggali, peralatan tali serta bantuan jentera excavator di lokasi kejadian.

“Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam petang, namun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan lanjut," katanya lagi.

Jelasnya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.25 petang setelah pihak bomba memastikan kawasan kejadian berada dalam keadaan selama

 

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki maut tertimbus dalam tanah runtuh di tapak pembinaan kilang di Kota Tinggi
  • Panggilan kecemasan diterima pada jam 1 tengah hari
  • Dua pekerja terlibat, seorang berjaya menyelamatkan diri, seorang lagi maut
  • Operasi menyelamat melibatkan penggalian tanah dan penggunaan jentera excavator
  • Operasi ditamatkan pada jam 4.25 petang dengan keadaan selamat dikembalikan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!