PDRM siasat insiden pegawai kanan VAT 69 maut ketika latihan menyelam

Khairil Azhar disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan perubatan. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail
Khairil Azhar disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan perubatan. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail
A
A
A

 

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando Inspektor Khairil Azhar Kamaruddin, yang meninggal dunia semasa menjalani latihan menyelam di perairan Pulau Mataking, Semporna, Sabah pada Khamis.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan itu bagi mengenal pasti punca kejadian, termasuk penilaian terhadap prosedur latihan, penggunaan peralatan, serta faktor kesihatan dan keselamatan, selaras dengan peraturan dan tatacara operasi standard yang ditetapkan.

"PDRM mengesahkan bahawa seorang pegawai Unit VAT 69 Komando telah meninggal dunia semasa menjalani latihan menyelam.

"Pegawai berkenaan telah diberikan bantuan kecemasan dan rawatan awal di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Semporna untuk rawatan lanjut, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan perubatan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mohd Khalid berkata, seluruh warga PDRM merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga keluarganya diberi ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan berkenaan.

Terdahulu, seorang pegawai kanan Unit VAT 69 Komando PDRM dilaporkan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika menjalani latihan menyelam di perairan Pulau Mataking, Semporna, Sabah pagi Khamis. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • PDRM akan siasat insiden kematian pegawai Unit VAT 69 Komando di Sabah
  • Siasatan merangkumi punca kejadian, prosedur latihan, peralatan, kesihatan dan keselamatan
  • Pegawai VAT 69 meninggal dunia semasa latihan menyelam di Pulau Mataking, Semporna
  • Pegawai tersebut diberi bantuan kecemasan dan rawatan awal sebelum meninggal di Hospital Semporna
  • Ketua Polis Negara merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!