Polis tahan gelandangan bakar motosikal

Tular sebuah rakaman video berdurasi pendek memaparkan seorang individu membakar sebuah motosikal di kawasan parkir.
Tular sebuah rakaman video berdurasi pendek memaparkan seorang individu membakar sebuah motosikal di kawasan parkir.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat dalam kes membakar motosikal di Pandan Mewah, dekat sini awal pagi Selasa lepas, seperti tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, tangkapan ke atas suspek yang merupakan seorang gelandangan, dibuat pada jam 9.41 malam, hari yang sama.

"Sebanyak enam laporan polis diterima, melibatkan pemilik kenderaan dan rumah yang terkesan dengan kebakaran berkenaan.

"Suspek seorang gelandangan, sebelum ini memang sentiasa menjadikan kawasan persekitaran di situ sebagai tempat tidurnya." katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Khairul Anuar berkata, kes yang berlaku pada jam 4.21 pagi, 20 Januari itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

Sebelum ini, tular sebuah rakaman video berdurasi pendek memaparkan seorang individu membakar sebuah motosikal di kawasan parkir yang turut menyebabkan kerosakan kepada harta benda berhampiran. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes pembakaran motosikal di Pandan Mewah
  • Tangkapan dibuat malam hari yang sama kejadian tular dilaporkan
  • Enam laporan polis diterima akibat kebakaran itu
  • Suspek merupakan seorang gelandangan yang tidur di kawasan kejadian
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!