Polis buru dua lelaki disyaki terlibat kes rompakan bersenjata

SEREMBAN - Polis sedang memburu dua lelaki warga tempatan disyaki terlibat dalam rompakan bersenjatakan pistol di sebuah kedai emas dalam sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Johari Yahya berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada kira-kira 8.30 malam.
"Berdasarkan maklumat awal, kedua-duanya bertutup muka serta memakai topi keledar dan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 biru. Tiada sebarang tembakan dilepaskan dan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.
"Ketika kejadian terdapat dua pekerja dan tiada pelanggan. Suspek menggunakan beg penghantaran Lalamove oren dan kerugian dianggarkan RM60,000,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. - Bernama
Ringkasan AI
- Polis sedang memburu dua lelaki warga tempatan disyaki rompakan bersenjatakan pistol di kedai emas Bandar Baru Nilai
- Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 malam
- Kedua-dua suspek bertutup muka, memakai topi keledar dan menaiki motosikal Yamaha Y15 biru
- Kerugian dianggarkan RM60,000, tiada tembakan dilepaskan dan tiada kecederaan
- Kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
