JPJ berjaya lucut hak kereta 'ulat'

Antara kes tangkapan 'ulat' di sekitar KLIA yang dilaksanakan JPJ.
Antara kes tangkapan 'ulat' di sekitar KLIA yang dilaksanakan JPJ.
A
A
A

SEPANG - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah berjaya melaksanakan tindakan lucut hak kenderaan yang digunakan bagi kegiatan kereta sewa haram atau 'ulat' tahun lalu

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, tindakan itu diambil pada Jun melibatkan satu kes warga tempatan dengan kenderaan Proton Persona.

Menurutnya, mana-mana kenderaan 'ulat' yang melakukan kesalahan kali kedua dan seterusnya akan dikenakan tindakan pelucuthakan.

"Ini merupakan kes pertama yang dibuat JPJ.

"JPJ memandang serius kegiatan haram ini dan akan meneruskan Op Ulat KLIA tahun ini bagi membendung kegiatan yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen atau secara haram di pintu masuk negara," katanya dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini pada Khamis.

Turut hadir, Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan.

Kata Muhammad Kifli, individu yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 205 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 yang memperuntukkan denda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tegasnya, sesiapa yang bersubahat melakukan aktiviti 'ulat' juga boleh didakwa mengikut Seksyen 243 (1) APAD 2010.

"Kenderaan yang disita boleh dilucut hak di bawah Seksyen 227 APAD 2010," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, kegiatan ulat ini merupakan gejala negatif yang merosakkan imej negara dan mendatangkan implikasi kepada ekonomi terutamanya dalam sektor pelancongan dan pengangkutan awam.

 

Ringkasan AI

  • JPJ melucut hak kenderaan kereta sewa haram atau 'ulat' pertama kali pada Jun tahun lalu
  • Kenderaan 'ulat' yang berulang kesalahan akan dilucut hak
  • Operasi Ulat KLIA diteruskan untuk membendung kegiatan kereta sewa haram di pintu masuk negara
  • Individu terlibat boleh dikenakan denda hingga RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun
  • Kegiatan ini merosakkan imej negara dan memberi implikasi buruk kepada ekonomi terutamanya sektor pelancongan dan pengangkutan awam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!