[VIDEO] Kemasukan awal Tahun 1 fokus kesejahteraan murid, bukan perlumbaan akademik - Fadhlina
KUALA LUMPUR - Kemasukan awal kanak-kanak berusia enam tahun ke Tahun 1 bermula sesi persekolahan 2027 bukan bertujuan mewujudkan perlumbaan akademik sebaliknya berasaskan kebajikan, kesejahteraan dan tahap kesiapsiagaan kanak-kanak.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, tumpuan utama pelaksanaan itu adalah bagi memastikan hak dan kepentingan kanak-kanak dilindungi dengan penilaian dibuat secara menyeluruh merangkumi aspek emosi, kognitif serta kemahiran pembelajaran dan bukan semata-mata faktor usia.

"Ini bukan soal berlumba-lumba dan tujuan kita ialah untuk menekankan asas mengikut tahap perkembangan murid dan bukan mempercepat pembelajaran akademik.
"Anak kita bukan untuk ujian atau tikus makmal sebab itu kita tekankan bahawa dalam konteks ini kita hendak bagi tumpuan kerana ia merupakan dasar yang telah kita bincang dan bahaskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13),” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.
Fadhlina menjawab soalan tambahan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) yang membangkitkan kebimbangan awam termasuk polemik di media sosial berhubung rasional pelaksanaan dasar itu, tahap sesi libat urus dengan pihak berkepentingan serta kemungkinan tekanan sosial terhadap ibu bapa. - Bernama
Ringkasan AI
- Kemasukan awal kanak-kanak berusia enam tahun ke Tahun 1 bermula sesi persekolahan 2027 berlandaskan kebajikan, kesejahteraan dan tahap kesiapsiagaan kanak-kanak Tumpuan utama adalah untuk memastikan hak dan kepentingan kanak-kanak dilindungi dengan penilaian menyeluruh merangkumi emosi, kognitif dan kemahiran pembelajaran Dasar ini bukan bertujuan untuk mewujudkan perlumbaan akademik tetapi menekankan asas mengikut tahap perkembangan murid Dasar kemasukan awal telah dibincang dan bahaskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, memberi respons terhadap kebimbangan termasuk polemik di media sosial dan potensi tekanan sosial terhadap ibu bapa
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
