Pemandu, kelindan treler maut nahas, tercampak ke bawah lebuh raya

Tangkap layar video tular memaparkan insiden kemalangan sebuah treler di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur pada Isnin.
Tangkap layar video tular memaparkan insiden kemalangan sebuah treler di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemandu dan kelindan sebuah treler maut, tercampak ke bawah Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) selepas kenderaan dinaiki terbabas berhampiran sebuah kilang di Jalan Chan Sow Lin, di sini pada Isnin.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Nur Zahela Mohamad Zainal berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGO KL) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.55 malam.

"Seramai sembilan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu bergegas ke lokasi kejadian.

"Setibanya pasukan di lokasi, didapati berlaku kemalangan membabitkan treler telah melanggar batu penghadang konkrit yang mengakibatkan dua lelaki tempatan tercampak ke bawah lebuh raya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Nur Zahela berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh paramedik ambulans Kementerian Kesihatan.

"Kerja-kerja mengangkat mangsa dilakukan dan mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Tambahnya, dalam masa sama berlaku insiden membabitkan kren yang melakukan kerja di tapak pembinaan berhampiran.

"Terdapat seorang lelaki warga Pakistan cedera di kaki dan telah diberikan rawatan awal oleh anggota paramedik sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pemandu dan kelindan treler maut tercampak ke bawah Lebuhraya Setiawangsa-Pantai selepas terbabas
  • Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerima panggilan kejadian pada jam 8.55 malam
  • Sembilan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu bergegas ke lokasi kejadian
  • Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh paramedik ambulans Kementerian Kesihatan
  • Seorang lelaki warga Pakistan cedera di kaki dalam insiden berasingan berkaitan kren di tapak pembinaan berhampiran

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!