MRO MINDEF mesti dikendali syarikat tempatan, tiada lagi libat OEM - Khaled Nordin

Mohamed Khaled berucap ketika menghadiri Majlis Peluncuran Dasar Industri Pertahanan Negara di MITEC, pada Rabu. Foto Bernama
Mohamed Khaled berucap ketika menghadiri Majlis Peluncuran Dasar Industri Pertahanan Negara di MITEC, pada Rabu. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiada lagi penglibatan syarikat pengeluar peralatan (OEM) dalam aktiviti pembaikan dan baik pulih (MRO) bahkan mesti dijayakan oleh syarikat tempatan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia melainkan aktiviti MRO dalam tempoh waranti (warranty period) yang boleh dikendalikan oleh OEM sahaja.

Menurutnya, dalam masa sama setiap syarikat tempatan yang terlibat hendaklah menunjukkan inovasi dan penambahbaikan.

"Ia termasuk yang dapat meningkatkan peratusan 'local content' serta mengurangkan kos.

"Jika gagal, kita akan menghentikan kontrak MRO walaupun mereka syarikat tempatan. Ini kerana matlamat kita adalah untuk mengutamakan kepentingan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN), di sini pada Rabu.

Selain itu beliau menjelaskan, terdapat syarat khas yang ditetapkan iaitu setiap perolehan Kementerian Pertahanan (MINDEF) wajib mengandungi kandungan tempatan ditetapkan pada peringkat awal sekurang-kurangnya sebanyak 30 peratus.

Katanya, ia bagi memastikan pemindahan pengetahuan dan teknologi berlaku bagi memastikan industri pertahanan tempatan mampu berdaya saing dengan jenama antarabangsa.

"Kita bukan berhasrat untuk mengeluarkan senjata atau alat pertahanan, seperti kapal terbang sendiri dalam sekelip mata.

Artikel Berkaitan:

"Namun kita ingin bermula dengan membangunkan komponen dan perkhidmatan sendiri supaya syarikat tempatan mampu menyertai rantaian bekalan sektor pertahanan secara signifikan," katanya.

Ringkasan AI

  • Tiada lagi penglibatan syarikat pengeluar peralatan asing dalam aktiviti pembaikan dan baik pulih kecuali dalam tempoh waranti
  • Setiap syarikat tempatan perlu menunjukkan inovasi dan penambahbaikan
  • Syarikat yang gagal meningkatkan 'local content' atau mengurangkan kos akan kehilangan kontrak MRO
  • Setiap perolehan Kementerian Pertahanan wajib mengandungi sekurang-kurangnya 30% kandungan tempatan
  • Dasar bertujuan membina kemampuan industri pertahanan tempatan melalui pemindahan pengetahuan dan teknologi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!