Dua timbalan menteri ditegur berbual ketika sesi Dewan Rakyat

Ramli menegur dua timbalan menteri supaya memberikan perhatian dan tidak berbual sesama mereka ketika sesi perbahasan berlangsung di Dewan Rakyat pada Rabu.
Ramli menegur dua timbalan menteri supaya memberikan perhatian dan tidak berbual sesama mereka ketika sesi perbahasan berlangsung di Dewan Rakyat pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Ramli Mohd Nor menegur dua Timbalan Menteri supaya memberikan perhatian dan tidak berbual sesama mereka ketika sesi perbahasan berlangsung di Dewan Rakyat.

Perkara itu berlaku sewaktu sesi soal jawab Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung langkah kerajaan memperkukuh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) khususnya daripada aspek penambahan perjawatan. 

Ramli berkata, kedua-dua timbalan menteri berkenaan seharusnya menghormati persidangan Dewan Rakyat serta memberi tumpuan kepada jawapan yang disampaikan oleh menteri.

“Timbalan menteri ada perkara yang hendak dimesyuaratkan dalam dewan ini? 

“Rasanya dalam Kabinet pun dah puaskan (berbincang). Jadi bagilah perhatian ketika menteri tengah menjawab, ambil maklum ya," katanya pada Rabu.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Ramli Mohd Nor menegur dua Timbalan Menteri supaya tidak berbual sesama mereka ketika sesi perbahasan
  • Ini berlaku sewaktu sesi soal jawab Menteri Dalam Negeri tentang memperkuat Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
  • Kedua-dua timbalan menteri seharusnya menghormati persidangan dan memberi tumpuan
  • Ramli meminta mereka memberi perhatian ketika menteri sedang menjawab soalan
  • Kejadian ini dilaporkan pada hari Rabu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!