Harga emas catat rekod tertinggi baharu, melepasi AS$4,700 seauns troy

HARGA emas melonjak lebih dua peratus pada Selasa, melepasi paras AS$4,700 seauns troy buat kali pertama dalam sejarah, menurut data dagangan, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Setakat 5:10 GMT, harga niaga hadapan emas bagi bulan Februari di bursa New York Comex meningkat sebanyak AS$108.71, atau 2.37 peratus, berbanding penutupan sebelumnya kepada AS$4,704.11 seauns troy, sekali gus mencatatkan rekod baharu tertinggi sepanjang zaman.
Pada masa yang sama, niaga hadapan perak bagi bulan Mac melonjak 6.23 peratus kepada AS$94.052 seauns.
Kenaikan harga emas terus memuncak pada awal minggu ini selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan pengenalan tarif sebanyak 10 peratus ke atas barangan dari lapan negara Eropah iaitu Denmark, Norway, Sweden, Perancis, Jerman, United Kingdom, Belanda, dan Finland, yang dijangka berkuat kuasa pada Februari.
Tarif berkenaan dijadualkan meningkat kepada 25 peratus kemudiannya dan akan kekal berkuat kuasa sehingga satu perjanjian mengenai pembelian Greenland oleh Amerika Syarikat dicapai. - Bernama/Sputnik/Ria Novosti
Ringkasan AI
- Harga emas melonjak lebih dua peratus dan melepasi paras US$4,700 seauns troy buat kali pertama dalam sejarah
- Harga niaga hadapan emas bagi bulan Februari meningkat sebanyak AS$108.71 kepada AS$4,704.11 seauns troy, mencatatkan rekod tertinggi baru
- Niaga hadapan perak bagi bulan Mac melonjak 6.23 peratus kepada AS$94.052 seauns
- Kenaikan harga emas dipacu oleh pengumuman Presiden AS, Donald Trump tentang pengenalan tarif 10 peratus ke atas barangan dari lapan negara Eropah
- Tarif tersebut dijadualkan meningkat kepada 25 peratus dan akan kekal berkuat kuasa sehingga tercapai perjanjian pembelian Greenland oleh AS
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
