Harga emas terus melonjak, melepasi AS$4,750 seauns troy

HARGA emas terus melonjak apabila meningkat melepasi paras AS$4,750 seauns troy ketika ketegangan antara Amerika Syarikat dan Eropah terus mempengaruhi sentimen pasaran global, lapor FXStreet.
Harga emas naik menghampiri AS$4,775 seauns iaitu kira-kira RM19,364 seauns semasa sesi dagangan awal Asia pada Rabu.
Menurut laporan FXStreet, logam berharga itu meneruskan momentum kenaikan dan berada pada landasan untuk mencatat satu lagi paras tertinggi baharu, ketika ketidaktentuan politik dan ekonomi global semakin memuncak.
Ucapan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, juga dijangka menjadi tumpuan pasaran pada lewat Rabu.
Pada Selasa, Harga emas dilapor melonjak lebih dua peratus, melepasi paras AS$4,700 seauns troy buat kali pertama dalam sejarah.
Setakat 5:10 GMT, harga niaga hadapan emas bagi bulan Februari di bursa New York Comex meningkat sebanyak AS$108.71, atau 2.37 peratus, berbanding penutupan sebelumnya kepada AS$4,704.11 seauns troy, sekali gus mencatatkan rekod baharu tertinggi sepanjang zaman.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
