Amaran ribut petir di 4 negeri, Kuala Lumpur

MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Kuala Lumpur sehingga 9 malam ini. - Foto hiasan
MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Kuala Lumpur sehingga 9 malam ini. - Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan empat negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, amaran itu meliputi beberapa kawasan di Selangor termasuk Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Amaran itu turut dikeluarkan bagi seluruh negeri Melaka serta Negeri Sembilan melibatkan kawasan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

Di Sabah, kawasan terlibat ialah Tawau dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan). - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk hingga 9 malam ini
  • Kawasan terlibat dalam amaran adalah beberapa bahagian di Selangor termasuk Kuala Selangor dan Hulu Langat
  • Melibatkan keseluruhan negeri Melaka dan Negeri Sembilan khususnya Jelebu dan Seremban
  • Di Sabah, amaran itu terutamanya untuk Tawau dan Sandakan serta kawasan sekitarnya
  • Mengingatkan tentang potensi ribut petir, hujan lebat dan angin kencang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!