Lembaga Keamanan 'syok sendiri', kenakan yuran keahlian AS$1 bilion

WASHINGTON - Lembaga Keamanan dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terus menerima pelbagai reaksi komuniti antarabangsa selepas banyak pihak mempersoalkan kewajarannya untuk memulihkan situasi di bawah pelan damai fasa kedua di Genting Gaza.
Sebanyak 60 negara sudah pun menerima undangan Rumah Putih, namun Perancis bertindak menolak jemputan itu sehingga mencetuskan kemarahan Trump yang mengancam untuk mengenakan kadar tarif 200 peratus ke atas produk minuman keras mereka.
Sumber rapat Washington memaklumkan Trump yang bakal mempengerusikan lembaga tersebut mahu seluruh piagam dan bidang kuasa jawatankuasa itu ditandatangani di Davos, Switzerland pada Khamis.
Tindakan terburu-buru Presiden ke-47 AS itu menyebabkan banyak negara terpaksa membuat keputusan dalam waktu singkat.
Trump juga masih memikirkan keuntungan apabila menuntut bayaran berjumlah AS$1 bilion (RM4.05 bilion) untuk yuran keahlian lembaga 'syok sendiri' tersebut.
Ketika ini, banyak pihak bimbang dengan kandungan piagam tersebut yang memberi autoriti penuh kepada Trump.
"Sekutu Eropah berusaha untuk mengubah terma dan menyelaraskan respons malah mereka cuba untuk memujuk negara-negara Arab agar melobi Trump supaya meminda syarat tersebut," jelas sumber itu lagi. - Agensi
Ringkasan AI
- Lembaga Keamanan dicadangkan oleh Presiden AS, Donald Trump menerima reaksi pelbagai dari komuniti antarabangsa
- Perancis menolak undangan ke lembaga tersebut dan Trump mengancam untuk mengenakan tarif 200 peratus ke atas produk minuman keras mereka
- Trump ingin piagam dan bidang kuasa lembaga ditandatangani di Davos, Switzerland
- Tindakan Trump memaksa negara-negara membuat keputusan cepat
- Sekutu Eropah berusaha mengubah terma piagam dan memujuk negara-negara Arab melobi Trump
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

