Pesawat mendarat cemas, gara-gara nama WiFi 'ancaman bom'

Airbus A321 itu turut diiringi dua jet pejuang termasuk milik Perancis. Foto Agensi
Airbus A321 itu turut diiringi dua jet pejuang termasuk milik Perancis. Foto Agensi
A
A
A

BARCELONA - Sebuah pesawat terpaksa mendarat cemas, gara-gara nama rangkaian tanpa wayar (WiFi) kontroversi.

Airbus A321 yang membawa 148 penumpang bersama tujuh kru itu diarahkan melakukan pendaratan di Lapangan Terbang El Prat di Barcelona, Sepanyol pada minggu lalu.

"Kejadian itu berlaku selepas TK1853 milik Turkish Airlines dari Istanbul menghampiri destinasi. Seorang penumpang menetapkan rangkaian WiFi tersebut dengan nama 'ancaman bom'.

"Airbus A321 itu kemudiannya diiringi dua jet pejuang termasuk milik Perancis," kata jurucakap syarikat penerbangan itu.

Pemeriksaan yang dilakukan pihak berkuasa bagaimanapun mendapati tiada bahan letupan ditemui dan tiada sebarang ancaman yang wujud. - Agensi

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pesawat terpaksa mendarat cemas gara-gara nama rangkaian WiFi kontroversi
  • Mendarat di Lapangan Terbang El Prat, Barcelona, Sepanyol
  • Pesawat Airbus A321 itu mengangkut 148 penumpang dan tujuh kru
  • Penumpang menetapkan nama rangkaian WiFi dengan "ancaman bom"
  • Tiada bahan letupan ditemui, tiada ancaman wujud

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!