4 serangan jerung dalam tempoh 48 jam

SYDNEY – Seorang lagi peluncur diserang jerung pada Selasa yang merupakan kejadian keempat dalam tempoh 48 jam.
Mangsa dilaporkan sedang meluncur di Pantai Tengah Utara New South Wales (NSW) apabila dia digigit jerung banteng.
"Dia bernasib baik kerana mengalami kecederaan ringan," menurut lembaga keselamatan pantai dalam satu kenyataan.
Insiden itu berlaku sehari selepas dua peluncur berdepan serangan sama di luar pantai utara Sydney.
Salah seorang daripada mangsa dilaporkan cedera parah.
Susulan kejadian itu, kesemua pantai utara di Sydney telah ditutup sehingga diberitahu kelak.
Sementara itu, saintis percaya hujan lebat, baru-baru ini telah menarik jerung banteng ke kawasan pantai di mana sungai mengalir ke laut. - Agensi
Ringkasan AI
- Seorang lagi peluncur diserang jerung pada Selasa yang merupakan kejadian keempat dalam tempoh 48 jam
- Mangsa dilaporkan sedang meluncur di Pantai Tengah Utara New South Wales apabila dia digigit jerung banteng
- Dia bernasib baik kerana mengalami kecederaan ringan
- Insiden itu berlaku sehari selepas dua peluncur berdepan serangan sama di luar pantai utara Sydney
- Kesemua pantai utara di Sydney telah ditutup sementara susulan kejadian itu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

