Lelaki ditahan disyaki bakar motosikal di Taman Pertama

Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terlibat kes khianat dengan api di Jalan Serkut 1 Taman Pertama, Kuala Lumpur pada Isnin.
Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terlibat kes khianat dengan api di Jalan Serkut 1 Taman Pertama, Kuala Lumpur pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terlibat kes khianat dengan api sehingga menyebabkan sebuah motosikal musnah dalam kebakaran di Jalan Serkut 1 Taman Pertama di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pengadu dilaporkan meletakkan motosikal jenis Honda miliknya dalam keadaan baik pada jam 11.15 malam, Ahad.

"Pengadu dikejutkan oleh jiran yang memaklumkan bahawa motosikal tersebut telah dibakar oleh seorang lelaki yang tinggal di kediaman berhampiran pada jam 3 pagi Isnin.

"Susulan kejadian itu, pengadu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Cheras pada hari sama bagi membolehkan siasatan dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Rosdi berkata, bertindak atas laporan itu, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras menahan seorang lelaki di tepi Jalan 6/95B, Taman Cheras Utama pada jam 6.30 petang.

“Suspek dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman pada Selasa dan telah direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki ditahan kerana terlibat kes khianat dengan api yang memusnahkan motosikal di Jalan Serkut 1 Taman Pertama Kuala Lumpur
  • Pengadu meletakkan motosikal jenis Honda dalam keadaan baik sebelum ia dibakar
  • Jiran memaklumkan kepada pengadu tentang kejadian pembakaran pada jam 3 pagi Isnin
  • Pengadu membuat laporan polis di Balai Polis Cheras untuk siasatan
  • Suspek ditahan dan direman selama tiga hari mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!