20 motosikal musnah dalam kebakaran rumah

Anggota bomba dan penyelamat bertungkus lumus memadamkan kebakaran sebuah rumah yang turut memusnahkan 20 buah motosikal dalam kejadian di Lorong Parit 1 Titi Serong, Parit Buntar pada Isnin.
Anggota bomba dan penyelamat bertungkus lumus memadamkan kebakaran sebuah rumah yang turut memusnahkan 20 buah motosikal dalam kejadian di Lorong Parit 1 Titi Serong, Parit Buntar pada Isnin.
A
A
A

PARIT BUNTAR – Sebanyak 20 buah motosikal musnah dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan motosikal di Lorong Parit 1 Titi Serong, Kampung Kedah di sini pada Isnin.

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.50 pagi.

Menurutnya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar tiba di lokasi kejadian pada jam 2.05 pagi.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas B berkeluasan kira-kira 20 x 70 kaki yang dijadikan stor penyimpanan motosikal serta peralatan motosikal dan musnah terbakar sebanyak 70 peratus.

"Turut terjejas sebuah kereta Honda FD yang terbakar kira-kira lima peratus, manakala 20 buah motosikal terdiri daripada motosikal baharu, lama dan milik pelanggan musnah terbakar hampir 90 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Shazlean berkata, kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa.

Menurutnya, operasi pemadaman turut dibantu anggota darii Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bagan Serai, Bagan Tiang dan Kuala Kurau.

Jelasnya, pasukan bomba melaksanakan kerja-kerja pemadaman menggunakan dua aliran hos sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan air daripada tangki jentera sehingga kebakaran berjaya dikawal.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 2.50 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.50 pagi.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Rumah di Lorong Parit 1 Titi Serong, Kampung Kedah yang dijadikan stor penyimpanan motosikal musnah terbakar
  • Pemangku Penolong Pengarah JBPM Perak menyatakan kebakaran tersebut berlaku awal pagi Isnin dan tiada mangsa terlibat
  • Sebanyak 20 buah motosikal musnah serta sebuah kereta Honda FD terjejas kira-kira lima peratus
  • Operasi pemadaman dibantu anggota dari Pasukan Bomba Sukarela dan menggunakan dua aliran hos
  • Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 2.50 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.50 pagi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!